Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Ku Petik Cintamu

Cintamu

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila kita berjaya memetik cinta seseorang insan yang disayangi pasti kita akan berusaha membahagiakan mereka.

Mengapa perlu berusaha membahagiakan pasangan sedangkan kadang kala kita seperti sedikit kecewa dengan layanan yang kurang sempurna diberikan kepada kita?

Hidup ini mudah jika kita rasakan ianya mudah. Dalam hukum percintaan, jika kita berjaya membahagiaakan orang lain pasti diri kita akan turut bahagia. Jika nak bahagia di kemudian hari jangan kedekut untuk berusaha membahagiakan insan yang kita sayang, kelak pasti kita akan merasai kebahagiaan yang berganda.

Jangan mudah kecewa dengan layanan yang diberikan oleh insan tersayang, kerana tiap insan pasti ada kelemahan mereka begitu juga dengan diri kita. Dalam tak sedar mungkin kita juga ada mengecewakan pasangan kita. Terima kekurangan dan kelebihan mereka, kelak pasti kebahagiaan akan muncul .

Bila menyintai berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang peninta yang setia dan yang positif dalam setiap sudut. Perasaan kasih adalah anugerah dari Allah, jagalah perasaan itu sebaiknya.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters