Cinta Dan Kecewa
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cinta…indahnya perasaan bercinta. Sangat indah dibuai rasa. Sangat marah bila ditegah dari bercinta kerana cinta itu mengasyikkan. Membuai rasa hingga terasa hanya kita di dunia ini. Dunia ciptaan kita sendiri.
Namun adakah kita akan berjaya dalam perjalanan cinta? adakah cinta yang kita harapkan bahagia ke akhir nyawa akan kekal selamanya. Mungkin jika kita bernasib baik kita akan berjaya ke gerisan penamat. Namun walau begitu kita juga mungkin akan tenggelam dalam masalah dan pelbagai masalah yang mengganggu hubungan cinta kita.
Pernahkah kita terfikir apa matlamat kita bercinta. Jangan sia-siakan masa yang cuma sedikit saja ada dalam usia kita. Jika kita rasa insan yang kita cinta itu adalah jodoh kita teruskan menuju ke gerbang perkahwinan. Namun, andai kata umur baru setahun jagung, tak perlu untuk bercinta sebenarnya. Terlalu lama menjalin hubungan akan membinasakan diri kelak. Mungkin terseret ke lembah dosa dan lebih menjadikan diri lagha sahaja.
Berkawan mengenali hati budi tidak salah. Namun andai ia melekakan dan menyakitkan dengan segala masalah merajuk bercinta, bergaduh dan membuang masa terutama di zaman masih belajar ia amatlah merugikan.
Bagi yang telah menemui jodoh yang sesuai cepat-cepatlah menamatkan zaman bujang, bagi yaang masih mencari sinar cinta teruskan menjejak cinta…ingat, insan yang baik akan mendapat jodoh yang baik juga.
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)