Bagaimana Rasa Bila Jatuh Cinta?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saat jatuh cinta memang jadi saat yang paling indah pada sesiapa pun. Hadirnya cinta tak boleh dipaksa dan tak boleh kita pilih na bercinta dengan a atau B. Cinta tak boleh dipaksa-paksa.
Mengapa cinta amat indah? cinta amat indah bila satu pihak memberi dan satu pihak lagi menerima perasaan kasih sayang itu. apabila cinta berbalas maka akan hadirlah perasaan indah yang bisa membuat kita rasa terawang-awangan.
Kerana cinta manusia bisa tersenyum, kerana cinta manusia bisa menangis juga. Terserah pada akal bagaimana untuk mengendalikan perasaan cinta di hati. Jika rindu tanganilah rindu sebaiknya. Jika sayang maka pilihlah jalan yang benar untuk menyalurkan rasa kasih itu. Cari jalan halal dalam menyalurkan rasa sayang pada si dia. Moga ikatan itu akan kekal utuh selamanya.
Bila sayang berputik di hati, kita akan jadi seorang pemaaf. Kita sentiasa belajar menerima kekurangan insan tersayang walau ia sedikit menyakitkan hati, sedikit membuat hati terluka kadang -kala.
Indahkan rasa bila diri dicintai dan saling menyintai. Andai benar diri sedang bercinta….Kasih Suci harap ianya menjadi satu inspirasi buat kalian untuk terus berjaya. Jadi satu semangat untuk mencipta kejayaan untuk jadikan impian hidup bersama dia tercapai suatu hari nanti…amin.
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)