Tips Lelaki Pemalu Memburu Cinta
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi lelaki pemalu ramai yang teragak-agak untuk memburu cinta mereka. Walau hati berdebar mereka tak mampu untuk mendekati gadis impian mereka. Jom kita tengok beberapa tips yang Kasih Suci nak berikan buat lelaki pemalu begini.
1.Keyakinan Diri-Kamu haruslah punyai keyakinan diri yang tinggi. Jangan teragak-agak dan tak yakin untuk bercakap atau berbual dengan si dia. Keyakinan itu amat penting dalam penampilan seorang lelaki sejati.
2.Eye-contact-Mata perlu berani. Bukan bertentang mata itu untuk menggatal ye, tapi eye contact tu sangat perlu dalam berbualan antara kita dan dia. Walau kamu agak pemalu janganlah sampai bila bercakap perlu menunduk dan asik mata meliar ke sana sini. Tumpuan 100% amat perlu diberikan apabila berinteraksi dengan si dia
3.Ajak keluar-Sesekali ajakla si dia keluar makan bersama atau beraktiviti bersama. Mungkin dengan cara menghabiskan masa bersama walau ditemani oleh rakan lain sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa malu kamu dan dapat memberi keserasian antara kamu dan dia. Siapa tahu dengan cara ini membuka ruang kamu untuk masuk ke dalam hidupnya.
4.Pendengar Yang Baik-Jadilah pendengar yang baik. Pemalu tak semestinya kamu tak boleh mendengar luahan hatinya. Apabila dia menghadapi kesulitan jadilah insan pertama yang mendengar luahan hati si dia.
5. Segak-Berpakaian kemas dan segak bukan terletak semata-mata pada paras rupa. Keterampilan segak amat perlu dalam menjadikan kita lebih berkeyakinan dan menghilangkan rasa malu. Jika pakai selekeh dan tak kemas bagaimana gadis impian nak tertarik pada kita? betul kan?
Buat jejaka pemalu di luar sana, jangan buang masa dan cepatlah bertindak memburu cinta kamu sebelum ianya pergi jauh dari kamu. Cuba bayangkan mungkin dia juga ada perasaan terhadap kamu tetapi dia juga malu untuk meluahkan kerana dia seorang wanita. Ruginya membiarkan cinta tak bertaut!
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)