Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Cinta Monyet?

Cinta Monyet

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca nukilan Kasih Suci. Selalu kita dengar orang memperlekehkan tentang cinta monyet. Mereka memperlekehkan percintaan ini bukan kerana ia adalah percintaan antara dua monyet tapi gelaran saja ye kawan-kawan…kalau orang inggeris tu dia panggil puppy love..eh betul ke istilah tu?

Tak kisah la apa pun sekarang Kasih Suci nak cerita tentang cinta monyet ni. Mengapa dipanggil cinta monyet? siapa yang dianggap jalinkan cinta monyet tu? Biasanya cinta monyet ni kita gelar bagi pasangan remaja yang belum tamat bersekolah. Cinta main-main yang tak serius. Bercinta 3 bulan lepas tu putus, 2 minggu putus dah dapat pasangan baru.

Biasanya begitulah cinta monyet. Sebab tu ibu bapa sangat marah anak mereka bermain cinta monyet. Risau mengganggu emosi dan pelajaran. Mak ayah suruh  belajar kamu ke sekolah bercinta monyet pula kan? Kenapa monyet ye? mungkin istilah monyet tu sesuai dengan kenakalan dan terkinja-kinja aksi monyet tu…sebab tulah namanya cinta monyet kot? entahlah…Kasih Suci tak kaji asal usul nama cinta monyet ni. Apa yang kasih suci tau ia amatlah tak bagus selain mengundang kepada gejala sosial juga sebenarnya.

Bila ibu bapa dah bersikap terbuka terhadap cinta monyet sekarang ni konon mahu memahami jiwa remaja, lihatlah berapa ramai gadis bawah umur 13-14 tahun yang melahirkan anak luar nikah dan membuang bayi sesuka hati. Pembunuhan bayi berleluasa sekarang ni…puncanya? cinta monyet kan?

Walau banyak buruknya cinta monyet Kasih Suci tak menafikan ada baiknya cinta monyet ni juga. Bukan semua buruk, bila remaja terlibat dengan cinta monyet maka mereka bersemangat nak ke sekolah semata-mata nak jumpa insan yang dicinta. Mereka berusaha sungguh-sungguh belajar untuk buktikan bercinta bukan penyebab diri mereka gagal. Mereka nak raih keputusan cemerlang agar tak malu kena denda dalam kelas depan buah hati mereka. Tiada ponteng kelas sebab buah hati ada dalam kelas…

Perasaan kasih, perasaan sayang itu fitrah hidup. Pandai-pandailah kita mengendalikan perasaan agar tidak kecundang kelembah hina. Jadikan cinta dan sayang itu satu semangat dan inspirasi untuk terus berjaya. Ramai yang berkahwin dengan cinta monyet mereka juga..termasuk Kasih Suci sendiri..hehehe.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters