Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Soroton Sukan Malaysia September 2013

Malaysia

 

Bulan September baru sahaja berlalu. Bulan September juga telah menyaksikan beberapa kejayaan atlet sukan negara dalam sukan masing-masing. Antara yang mendapat perhatian ialah kejayaan pasukan bola sepak Harimau Muda A menjuarai kejohanan jemputan Pestabola Merdeka 2013 dengan prestasi yang membanggakan. Turut tidak dilupakan kejayaan skuad Harimau Muda D menjuarai Piala AFF bawah 16 tahun selain kejayaan mara ke Piala Asia bawah 16 tahun akan datang.

 

Lee Chong Wei

Sukan Badminton dan Skuasy juga menjanjikan kejayaan kepada atlet negara dengan pemain perseorangan badminton lelaki nombor 1 dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan BWF Super Series Terbuka Jepun manakala ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia masakini, Datuk Nicol Ann David mencatat kejuaraan Skuasy Terbuka Malaysia 2013 buat kali kelapan.

Pasukan Hoki Wanita negara turut mencatatkan kejayaan di mana walaupun Pasukan Hoki Wanita sekadar menduduki tempat kelima dari lapan negara dalam Piala Asia 2013, ianya jelas menunjukkan prestasi pasukan hoki wanita semakin meningkat. Turut membanggakan negara iaialah, pasukan hoki bawah 21 tahun negara yang berjaya mencatat kedudukan selaku naib juara dalam kejohanan jemputan Hoki Piala Sultan Johor 2013. Walaupun sekadar menduduki tempat kedua, persiapan pasukan Hoki Remaja bawah 21 tahun negara yang bakal menghadapi kejohanan Hoki Remaja Dunia 2013 di India berada pada tahap terbaik untuk mencatat kejayaan yang membanggakan. 

 

Harimau Muda

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters