Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Bola Sepak : Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Piala Watson

Perlawanan pertama suku akhir Watsons Piala Malaysia 2013 telah berlangsung pada 27 dan 28 September 2013 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu. 4 perlawanan telah berlangsung dengan 3 pasukan tuan rumah pusingan pertama iaitu Pahang, Darul Takzim FC dan Singapore Lions XII berjaya mencatatkan kemenangan manakala pasukan Sime Darby sekadar mencatat keputusan seri di gelanggang sendiri. Perlawanan kedua suku akhir dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Oktober akan datang (Jumaat & Sabtu) dengan pasukan Kelantan, PKNS FC, ATM FA dan Sarawak akan menjadi tuan rumah. Perlawanan pusingan kedua ini pastinya mendebarkan apatah lagi pasukan tuan rumah pastinya akan berusaha berhabis-habisan untuk mencatat kemenangan dengan jaringan yang memberikan kelebihan kepada pasukan mereka.

 

Team

Dalam perlawanan suku akhir pertama, pasukan Darul Takzim FC paling mencuri tumpuan di mana mereka berjaya menewaskan pasukan juara bertahan Piala Malaysia 2012 iaitu Kelantan dengan 4-2. Dengan bekalan 2 gol, pasukan Darul Takzim FC pastinya mempunyai kelebihan untuk mara ke pusingan separuh akhir. Namun begitu, peluang Kelantan masih terbuka di mana kekuatan mereka di stadium keramat mereka pastinya akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak buah Bojan Hodak menewaskan pasukan Darul Takzim FC dengan jumlah jaringan yang selesa. Ini tidak mustahil, jika pasukan Kelantan beraksi seperti mereka menewaskan pasukan Pahang dengan 4-0 dalam saingan kumpulan yang lalu.

Dalam saingan-saingan lain, peluang untuk PKNS FC dan ATM FA masih terbuka dengan syarat mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dengan bekalan jaringan yang selesa. Bagi pasukan Sarawak, mereka pastinya menjadi pilihan untuk mara ke separuh akhir apatah lagi mereka beraksi di Stadium Kuching iaitu gelanggang yang menyaksikan mereka tidak pernah tewas dalam saingan musim ini. Saingan suku akhir kedua pada 4 & 5 Oktober akan datang pastinya menjanjikan aksi yang menarik bagi 8 pasukan yang bersaing untuk merebut 4 tempat ke separuh akhir Watsons Piala Malaysia 2013.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters