Ranking FIFA Malaysia jatuh lagi selepas kalah kepada Qatar
Kuala Lumpur: Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Rabu lalu menyebabkan pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.
Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K Rajagobal itu turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding 158 pada bulan lalu.
Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding beberapa pasukan yang diketahui umum mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (156), Bermuda (157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.
Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara. -Berita Harian
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)