Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Pemandu Lotus, Romain Grosjean temui kunci kejayaan

Romain Grosjean

LONDON – Pemandu Lotus, Romain Grosjean menjelaskan bahawa konsistensi dan kesabaran menjadi kunci utama yang diperlukannya untuk menyerlah pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Kempen 2012 pasti akan dikenang oleh Lotus kerana mereka dilihat mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan terkemuka yang lain.

Begitupun, nasib sering tidak menyebelahi Lotus kerana Grosjean telah terlibat dalam beberapa kemalangan sehingga terpaksa melupakan lapan aksi dan digantung satu perlumbaan.

Biar apa pun yang dialami Grosjean, Lotus tetap tampil mempertahankannya, malah mereka juga percaya pemandu kelahiran Perancis itu mempunyai potensi untuk terus cemerlang usim ini.

Justeru, Grosjean ternyata tidak sabar untuk membuktikan pendapat Lotus itu benar dan dia juga mengakui telah menemui ramuan yang terbaik untuk mengubah nasibnya musim ini.

“Saya telah melakukan banyak latihan selepas berakhirnya saingan musim lepas. Ia memang sukar tetapi apa yang diperlukan ialah konsistensi sepanjang tahun ini.

“Kelajuan sudah ada tetapi ia tidak konsisten. Jadi saya perlu cuba mencari keseimbangan dan memilih langkah yang tepat.

“Saya juga perlu lebih bersabar ketika berada di dalam jentera dan menamatkan lebih banyak perlumbaan. Saya berharap usaha saya selama ini akan berhasil,” kata Grosjean.

Lotus meraih tangga keempat dalam kedudukan pengeluar musim lalu dan mereka bertekad untuk memperbaiki pencapaian tersebut pada kempen kali ini.

Ujian pramusim di Litar Jerez minggu lalu turut memberikan petanda jentera baharu Lotus, E21 menjadi pilihan musim ini apabila Grosjean mengungguli sesi hari kedua.

“Kami tidak melakukan banyak perubahan pada jentera sama ada dari segi rekaan dan falsafah tetapi ia lebih baik berbanding tahun lalu.

“Walaupun kami akan melakukan beberapa perubahan lagi sebelum ujian (pramusim) kedua di Barcelona minggu depan tetapi jentera ini (E21) mempunyai asas yang sangat baik,” katanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters