Oscar Pistorius didakwa membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp
Penampilan pertama Oscar Pistorius di mahkamah Pretoria ditangguhkan selepas didakwa menembak mati teman wanitanya.
Pistorius, 26, telah didakwa membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp yang ditembak di kediaman Pistorious pada Khamis pagi.
Jurucakap polis wanita Leftenan Kolonel Katlego Mogale memberitahu Press Association Sport: “Suspek akan tampil di Mahkamah Majistret Pretoria esok (Jumaat) selepas peguam negeri meminta masa yang lebih untuk meneliti kes ini.”
Pada awalnya, Mogale berkata: “Saya boleh mengesahkan bahawa seorang wanita telah maninggal dunia selepas ditembak di kediaman Oscar Pistorius. Seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan.”
Polis telah bertindak dengan pantas selepas mendapat panggilan kecemasan dari jiran pada awal pagi tetapi tidak berjaya menyelamatkan wanita itu.
Jurucakap polis wanita Brigadier Denise Beukes bercakap di sidang media:
“Tiada tanda pecah masuk rumah atau orang yang tidak sepatutnya berada di lokasi buat masa ini,” katanya.
“Pihak Polis Afrika Selatan terkejut apabila mendengar dakwaan di radio pagi ini yang mengatakan si mati telah disalah anggap sebagai pencuri. Dakwaan itu tidak datang dari kami.
“Si mati adalah teman rapat kepada suspek,”
Tambahnya: “Terdapat saksi dan mereka telah ditemu ramah pagi ini.
“Kami bercakap tentan jiran dan mereka yang terdengar sesuatu yang berlaku petang ini dan apabila kejadian tembakan berlaku.”
Ujian forensik sedang diteruskan di kediaman itu.
Menjelang perbicaraan di mahkamah, jurucakap itu berkata: “Kami akan menolak sebarang permohonan untuk ikat jamin. Dia akan membawa permohonan ikat jamin.”
Polis masih belum menamakan Pistorius sebagai lelaki yang ditahan tetapi memberitahu bahawa dia berada di pejabat polis pada hari Khamis.
“Buat masa ini tiada suspek lain yang terlibat. Hanya terdapat dua orang di kediaman tersebut: pemilik rumah dan si mati,” katanya lagi.foxsports.my
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)