Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Liga Europa 2013: Jaringan lewat Oscar selamatkan Chelsea

Oscar Chelsea

Jaringan itu juga menyelamatkan pasukan Chelsea, pengurus Rafael Benitez dan Fernando Torres dari sebarang malu di Czech Republic.

Torres dengan satu gol dalam 13 perlawanan terlepas peluang terbuka untuk menyumbat gol pada minit ke-35.

Gol kemenangan pada minit ke-82 dari Oscar cukup untuk memberi Chelsea kemenangan 1-0 ke atas Sparta Prague dalam perlawanan pertama kelompok 32 Liga Europa

Keputusan itu, selepas kemenangan 4-1 ke atas Wigan dalam Liga Perdana Ingegris, adalah kemenagan berturut-turut Chelsea buat pertama kali sejak Disember lepas dan tidak bolos buat kali kedua dalam lapan perlawanan.

Chelsea kini akan beraksi menentang Brentford dalam Piala FA pusingan keempat pada hari Ahad sebelum perlawanan kedua dengan Sparta di Stamford Bridge.

Pasukan tuan rumah tidak gentar dengan Chelsea selepas mereka menewaskan Feyenoord dan Athletic Bilbao.

Benitez yakin bertemu pasukan yang tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak 6 Disember dengan mengecualikan John Terry yang tidak diturunkan menentang Wigan kerana kecederaan di bangku simpanan bersama dengan Ashley Cole.

Selepas rembatan awal oleh Frank Lampard dihalang oleh penjaga gol Sparta Tomas Vaclik, Hazard cuba membuka peluang kepada Torres sebanyak dua kali tetapi pada setiap peluang itu gagal disempurnakan.

Sparta mencari peluang di bahagian pertahanan Chelsea tetapi itu telah menyebablan Chelsea berpeluang melakukan serangan balas.

Marin mendapati Hazard mara dari kiri dan dia telah membuat hantaran lintang kepada Mata.

Mata tidak merembat, malah telah berganding dengan Torres.

Mata kemudian berganding dengan Lampard sebelum bola sampai kepada Torres, tetapi tidak berjaya melakukan rembatan.

Mata membukan peluang kepada Oscar pada minit ke-82 yang memberi impak serta merta.- foxsports.my

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters