Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Subhanallah! Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat (Video)

 

Subhanallah! Lelaki Berusia 137 Tahun Hanya Bangun Untuk Solat (Video) | Ada satu tabiat pelik seorang lelaki yang sudah berusia hampir 137 tahun. Apa yang peliknya? Beliau hanya menghabiskan masanya dengan hanya tidur sahaja dan akan bangun semula untuk menunaikan solat lima waktu. Apa yang menghairankan kita, tindakan itu sudah menjadi satu rutin harian baginya dan sangat berbeza dengan kehidupan orang lain. Anda boleh tonton video di atas ini.

 

susulan

RIYADH – Seorang lelaki yang didakwa berusia 132 tahun (ada yg mengatakan 13 tahun) di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.

Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.

Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab ‘azan’ dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis.

Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua,” kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters