Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Banduan Diampunkan Jika Berjaya Menghafaz Al-Quran 30 Juzuk (Menarik!)

Banduan Diampunkan Jika Berjaya Menghafaz Al-Quran 30 Juzuk (Menarik!) | Suatu yang menarik dan menakjubkan sebenarnya apabila banduan ditawarkan pengampunan jika berjaya menghafaz al-Quran 30 juzuk. Bukan calang-calang orang sebenarnya boleh menghafaz al-Quran. Boleh jadi, kita malu dengan mereka. Mereka hidup di sebalik tirai besi, tetapi mampu beribadat kepada Allah SWT dengan banyak sekali. Oleh kerana itulah, kita kena sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

al-quran

Manama: Banduan yang menghafal al-Quran layak diberikan pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait.

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan,” kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.

“Di bawah program terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan membolehkan mereka untuk menerima pengampunan ketua negara.”

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama tahun sebelumnya.

Pada masa ini, tiada peraturan khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters