Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Tips Memburu Cinta Sejati

Cinta Sejati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?  Hari ni ingin Kasih Suci kongsikan tips bagaimanakah untuk kita mengejar cinta sejati. Bukan semua di antara kita berjaya mendapatkan cinta sejati dengan mudah. Ada yang terpaksa melalui kekecewaan berkali-kali barulah berjaya menemui cinta sejati mereka.

Bagaimanakah memburu cinta sejati? jom kita selak satu persatu.

1.Jangan sesekali melafaskan kata cinta jika kita belum yakin bahawa kita benar-benar sayang dan cintakan dia.

2.Jika merasakan dialah insan yang kita tunggu dari dulu berjuanglah sehabis baik mengejar cintanya. Tunjukkan keikhlasan kamu.

3.Jangan sesekali menyakiti hati insan yang kita cintai, insyaAllah kamu akan mendapat balasan yang begitu juga darinya

4.Jangan memaksa dia menceritakan kisah silamnya, biar ia datang dari kemahuan dan kerelaan dia.

Ramai yang kerap kecewa letih-letih menaruh perasaan akhirnya kecundang jua. Sebenarnya bercinta dan berani meletak rasa sayang tu perlu juga deria rasa keenam. Bila sudah jatuh suka pada seserang itu kita perlu mengagak bahawa dia tu suka dan punya perasaan kepada kita atau tidak.

Uji dan tanyakan beberapa soalan bertanyakan tentang perasaannya terhadap kita. Andai jawapan menunjukkan ia benar-benar menyintai kita barulah mula semaikan perasaan cinta itu. Jangan pula kenal baru seminggu dua dah mula pasang angan-angan nak meminang, akhirnya kecewa kerana cinta tak dibalas.

Dari detik pertama perkenalan pun kita boleh rasa sidia punya perasaan atau tidak terhadap kita. Dari sinar pandangan matanya pasti tidak mampu menipu perasaan di hatinya. So, kasih suci nasihatkan agar kamu yang rasa sudah bertemu dengan yang terbaik segeralah memburu cintanya sebelum terlambat. Keyakinan diri amat penting dalam mencapai impian untuk memiliki gadis/ jejaka impian.

5.Sentiasa memohon petunjuk Allah dalam menuju ke gerbang bahagia. Dia yang mengetahui rahsia jodoh kita.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters