Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Saling Melengkapi

Saling melengkapi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca nukilan Kash Suci. Salam Ramadhan buat semua.

Ingin Kasih Ceritakan kisah lengkap melengkapii dalam sesebuah perhubungan kasih sayang. Sedarkah kita dalam perhubungan kita selalu impikan yang terbaik dari pasangan untuk mencapai kepuasan dan kebahagiaan sendiri. Kadang kala kita lupa adakah kita telah memberi yang terbaik untuk pasangan? Kita lupa juga bahawa kita perlu menerima kekurangan pasangan kita agar perhubungan menjadi indah dan bahagia.

Menerima kekurangan dan saling melengkapi kekurangan itu adalah sesuatu yang sangat indah dalam perhubungan dua hati. Andai kita hanya menerima kelebihan dia tanpa menerima kekurangan maka pincanglah perhubungan itu. Saling melengkapi dan bertolak ansur akan mengajar kita erti memberi dan menerima. Andai mahukan sesuatu yang bagus dan baik berilah sesuatu yang bagus dan baik kelak kita akan dapat pulangannya walau cepat ataupun lambat.

Moga kita dan pasangan saling lengkap melengkapi untuk mencapai kebahagiaan yang abadi, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters