Remaja Malaysia ke-4 tertinggi pengguna internet aktif
Menurut laporan The Malay Mail Online, Malaysia kini berada di kedudukan keempat tertinggi dalam "digital natives" di dunia. Statistik itu dikeluarkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (ITU). "Digital natives" adalah remaja berusia 15 hingga 24 dengan sekurang-kurangnya lima tahun penggunaan internet aktif.
Walaupun begitu, Malaysia mempunyai peratusan tertinggi "digital natives" kalau diukur dikalangan negara membangun seluruh dunia melalui laporanMeasuring the Information Society 2013.
Kajian yang dijalankan bersama-sama dengan Georgia Institute of Technology, dikira 13.4 peratus atau lebih daripada 3.9 juta rakyat Malaysia sebagai "digital natives", iaitu hampir tiga suku daripada golongan belia di negara ini.
Lain-lain negara jiran seperti Singapura menduduki tempat 12 pada kajian pada 12.2 peratus daripada jumlah penduduk 643.589 atau belia, diikuti oleh Brunei Darussalam di tempat ke-13 dengan 12.1 peratus atau 50.049 orang dari jumlah penduduk.
Walaupun mempunyai hanya 15 peratus daripada jumlah penduduk dengan akses internet di rumah pada tahun 2007, golongan belia dapat mengakses internet di lokasi lain, terutamanya sekolah-sekolah.
[Kredit foto: The Malay Mail Online]
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)