Rasa Cinta
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca sekalian, moga kalian sihat dan berada dalam lindungan Illahi hendaknya.
Perasaan cinta dan dicintai bukan mudah untuk dilafas dan didengar dari mulut pasangan. Kadang kala kita menanti berbulan malah bertahun lamanya kata keramat lafas cinta dari insan yang kita cintai tetapi masih tetap hampa. Walau mereka menunjukkan perlakuan mereka menyintai kita tetapi sukarnya untuk mereka lafaskan bahawa mereka menyintai kita. Mengapa?
Kadang kala diri kita sendiri juga sukar melafazkan kata cinta. Kata cinta amat mendalam dan ianya memang sukar untuk di lafaskan oleh sesetengah insan. Apa yabg boleh Kasih Suci katakan, biarlah kata cinta itu sukar keluar dari bibir seseorang asalkan perlakuan dan perhatiannya terhadap insan tersayang itu sudah menunjukkan betapa besarnya rasa cinta di hati mereka.
Ada orang sentiasa mengucapkan kata cinta tetapi mereka tidak sebenar-benarnya cinta. Hanya mainan kata di bibir saja ucapan tersebut sedangkan hati mereka tidak telur dalam menyintai. Cinta boleh di rasa walau ianya tidak boleh di lihat. Perasaan cinta akan terpamer pada wajah dan mata insan yang menyinta. Kita boleh lihat betapa dalamnya cinta mereka terhadap kita walaupun tidak terluah melalui kata-kata. Apa yang penting saling memahami dan saling tahu betapa kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain…
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)