Blogger Widgets
Join Us on Facebook

Lokasi lihat anak bulan Ramadan pada 8 Julai ini

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Anak Bulan

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

– Pontian Kecil, Johor;
– Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
– Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
– Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
– Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
– Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

– Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
– Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
– Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
– Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
– Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
– Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
– Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
– Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
– Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
– Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
– Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,

Kelantan;

– Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
– Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
– Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
– Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
– Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
– Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
– Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
– Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
– Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
– Menara Kuala Lumpur;
– Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
– Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters