Coklat Serangga Popular Di Perancis
PARIS - Seorang pengusaha coklat di Perancis, Sylvain Musquar memperkenalkan perisa coklat baharu melibatkan pelbagai jenis serangga di sini baru-baru ini.
Perisa baharu itu diperkenal sebagai usaha untuk mempromosi serangga sebagai makanan ringan popular.
Musquar mendapat ilham untuk memperkenalkan ulat mealworm dan cengkerik yang dihiasi di atas coklat selepas dia bekerja di Jepun dan Korea Selatan.
Pembuat coklat di timur Perancis itu percaya cara tersebut merupakan kaedah terbaik untuk menggalakkan orang Perancis memakan serangga.
"Anda tidak perlu lama merenung coklat serangga ini kerana anda tidak akan sanggup memakannya nanti," kata Musquar.
"Kerangupan serangga dan kacang di dalam coklat ini mampu menggoda pelanggan untuk terus memakannya," tambah pengusaha itu. – Agensi
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)