Cinta:Jual Mahal
Assalamualaikum semua…apa khabar pembaca nukilan Kasih Suci? Cuaca tak begitu baik begitu juga dengan mood kita kan? eh ada yang moody ke ni? Kalau mood tak baik cari apa punca dan perbetulkan keadaan ye.
Okey nak cerita pasal jual mahal. Biasanya yang digelar jual mahal ni wanita. Sombong, berlagak macam lawa sangat, macam la comel sangat…berlori biasanya lelaki kutuk wanita yang jual mahal ni.
Kenapa dapat gelaran jual mahal? sebab lelaki ngorat tak dapat…hehehe. Nampak tu? akibat nak pikat tak dapat maka biasanya wanita dicop jual mahal. Tapi kan, pada pendapat Kasih Suci pasti ada sebab mengapa wanita jual mahal. Adakah cantik perangai gediks dan terlalu peramah tu? hurmm fikir-fikirkan lah.
Wanita lahir bersama maruah yang disandang bersama maruah ibu bapa dan keluarga. Andai wanita buruk perangai pasti tercalit maruah mak ayahnya. Maka pandai-pandailah wanita menjaga diri dalam pergaulan seharian. Biar dicop jual mahal dari dicop perempuan gedik. Dalam islam pun tak digalakkan bergaul mesra bagi yang bukan muhrim, maka untuk apa nak marah wanita yang kita ngurat tapi mereka tak layan?
Buat wanita di luar sana, jangan takut di kata sombong dan jual mahal kerana maruah itu lebih bernilai dari pujian dan pujaan lelaki hidung belang di luar sana..wallhua’lam.
Popular Posts
-
Khas untuk peminat kartun Ana Muslim dan Kartun Muslimah, kali ini Ammar bawakan untuk anda semua koleksi gambar kartun ini. Mungkin ramai ...
-
Ni saya tolong kirakan..cuma ubah skit dari kereta kepada motor..tapi kiraan adalah sama saja.. harap maaf kalau ada kesilapan.. Contoh Kir...
0 comments:
Post a Comment
TQ For Comment :)