Blogger Widgets
Join Us on Facebook

GEMPAR Final Piala FA Dicemari Dadah

FAM

Kelana Jaya: Salah seorang pemain pasukan finalis Piala FA pada 29 Jun lalu didapati bersalah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan berkemungkinan bakal berdepan hukuman berat digantung seumur hidup Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tertuduh yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan didapati bersalah selepas positif dadah menerusi ujian doping selepas perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, berakhir.

Dalam aksi kemuncak Piala FA itu, Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan hasil kemenangan 1-0.

Bagaimanapun Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak tanah air itu yang bersidang semalam memutuskan untuk menangguhkan dulu hukuman ke atas pemain berkenaan bagi memberi peluang kepada tertuduh dan pihak persatuan bola sepak terbabit memberikan keterangan minggu depan.

“Ini membabitkan hukuman ke atas pemain itu, jadi kita berpendapat untuk berlaku adil bagi pihak pemain dan persatuan bola sepak berkenaan supaya hadir memberi keterangan. Apa yang saya boleh maklumkan, hukuman maksimum gantung seumur hidup boleh dikenakan bagi kesalahan seperti ini,” kata pengerusinya Datuk Taufek Abd Razak yang enggan mendedahkan nama pemain itu sehingga hukuman dijatuhkan.

Menurut Taufek, keputusan ujian doping itu diketahui serta merta pada malam perlawanan itu dan mereka sudah memaklumkan kepada pemain dan pihak persatuan pasukan terbabit untuk melakukan ujian doping kali kedua jika tidak berpuas hati dengan keputusan ujian pertama itu namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Selepas keputusan ujian doping yang pertama dikeluarkan, bukan tanggung jawab FAM lagi untuk membuat ujian kali kedua ke atas pemain itu. Berdasarkan surat pada 19 Julai 2013, kami sudah memaklumkan kepada pasukan berkenaan supaya membuat ujian kedua jika tidak berpuas hati dan ujian itu hendaklah dilakukan di India (WADA, Agensi Anti-Doping Dunia) dalam tempoh tujuh hari.

“Tapi mereka tidak memaklumkan kepada kami sama ada ujian kedua itu dilakukan ataupun tidak,” katanya.

Namun Taufek menjelaskan kesalahan itu hanya membabitkan pemain dan pasukan terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dalam mesyuarat yang berlangsung hampir lima jam itu, Taufek memaklumkan Johor DT dan Pahang turut dikenakan denda atas kekecohan penyokong yang berlaku pada perlawanan Liga Super musim ini.

Beliau berkata, Johor DT didapati bersalah atas dua daripada tuduhan yang dikenakan ke atas mereka pada perlawanan menentang Selangor di Larkin pada 6 Julai lalu dan didenda sebanyak RM25,000.

“Johor DT mengaku bersalah dan dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan penyokong membaling gulungan resit ke dalam padang manakala didenda RM15,000 kerana kesalahan penyokong membakar suar. Namun pihak jawatankuasa membatalkan tuduhan ketiga membabitkan keselamatan penyokong di stadium itu.

“Pahang pula dijatuhkan hukuman denda RM35,000 kerana sebagai tuan rumah gagal menyediakan anggota keselamatan selepas tamat perlawanan dengan LionsXII pada 17 Mei 2013. Pahang didapati bersalah meskipun mereka memfailkan pembelaan,” katanya yang mengarahkan Johor DT dan Pahang supaya menjelaskan denda berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemberitahuan diterima. Menurut Taufek, bagi mengelakkan konflik kepentingan beliau tidak mempengerusikan kes membabitkan Pahang sebaliknya kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pengerusinya, Adenan Osman.  Sumber Kelate.net

0 comments:

Post a Comment

TQ For Comment :)

Popular Posts

Visitor


counters